BOLKIAH GARRISON, Monday, 05 December 2022 – The Opening ceremony for Fire Prevention Special Course and Basic Fire Investigation Course Series 1/2022 was held today at the Fire and Safety Headquarters, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, Commanding Officer of Logistic Depot, Combat Service Support of Royal Brunei Land Force (CSS RBLF). A total of 25 personnel which consist of: two officers and 23 other ranks from the Fire and Safety, CSS RBLF and 19 instructors from the Fire and Rescue Department, Ministry of Home Affairs (MOHA) are participating in the course.
This course is a joint collaboration between the Fire and Rescue Department, MOHA and CSS RBLF, and will be conducted from 05 December 2022 until 16 December 2022 where Fire and Rescue Department, MOHA will provide lectures and coursework throughout the course. The aim and objective of this course is to enhance deep value of understanding of the aspects and knowledge of fire prevention as well as basic fire investigation to all Fire and Safety Unit personnel. It also serves to strengthen the camaraderie and friendship among officers and personnel of the Ministry of Defence and the Ministry of Home Affairs
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS KHAS KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KURSUS ASAS SIASATAN KEBAKARAN SIRI 1/2022
BOLKIAH GARISON, Isnin, 05 Disember 2022 - Majlis Pembukaan Kursus Khas Keselamatan Kebakaran dan Kursus Asas Siasatan Kebakaran Siri 1/2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Markas Khidmat Bomba & Keselamatan Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, Pegawai Pemerintah Depoh Logistik, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB). Seramai 25 anggota Khidmat Bomba dan Keselamatan, KBK TDDB yang terdiri daripada dua pegawai dan 23 lain - lain peringkat termasuk 19 orang jurulatih daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) menyertai kursus berkenaan.
Melalui kursus tersebut, ia merupakan kolaberasi bersama di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN dan KBK TDDB bermula 5 Disember 2022 hingga 16 Disember 2022 yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN akan memberikan pendidikan dan tugas sampingan di sepanjang kursus ini dijalankan. Matlamat dan objektif Kursus Khas Keselamatan Kebakaran dan Kursus Asas Siasatan Kebakaran ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman secara lebih mendalam dalam aspek pencegahan kebakaran serta penyelidikan asas mengenai kebakaran bagi semua anggota kursus yang terlibat. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan persahabatan di kalangan pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.